Wednesday, September 30, 2009

HARI RAYA AIDIL FITRI 2009








Tahun 2009, beraya d Sec. 13 pada satu hari raya... pagi raya dapat berkumpul beramai ramai beraya bersama bonda, tetapi...tiada yg menduga... pada pagi raya pertama, bonda dgn rela setelah memujuk dan dg hati gembira maka berangkat kami balek ke kg, untuk menyambung raya seterusnya... walaupun... di benak hati berkata kata..." rumah tidak di kemas dan sanak saudara d kg tidak d beritahu akan kepulangan bonda.. tetapi semua nya berjalan dg baik dan bahagianya... Petang raya pertama, tetamu datang......wah wah....zara dan johan dg gembira dan comel..beraya bersama kakak kakak shiken n zana......wadohh......seronok sekali. Setelah berapa tahun tidak balek beraya di kg arwah ayah... kami dapat mengunjungi sanak saudara sebelah ayah...begitu gembira kami di sambut.....tengok tengok laa...gelakat anak anak dan ibu bapa.....beraya di kg.... Semuga tahun hadapan... dapat beraya di kg lagi.... Salam dan ucapan Selamat hari Raya, maaf zahir Batin pada bonda ..semuga panjang umur dan dapat beraya pada tahun tahun hadapan. Terima kasih bonda... Aminnnn.

ann

HARI RAYA PERTAMA..sec. 13



Tahun 2009, raya pertama di sec. 13,... tetamu dari keluarga berkumpul beramai ramai dan makanan juga begitu mewah sekali.....ada sedikit surprise untuk semua keluarga.....ehammmm!! Begitulah memujuk bonda...akhirnya dapat juga di terima pujukan untuk balek ke kg beraya bersama sama saudara saudara... walaupun persediaan untuk balek ke rumah yg begitu lah lama di tinggalkan.. kalau hati berkata " nak balek jejuga...maka di ikhtiarkan juga untuk mengemas dan mengadakan persediaan beraya di kg. petang raya pertama, bonda berangkat ke kg dan di ikuti oleh anak anak dan cucu cucu.... Di hari raya pertama, tetamu luar yang datang beraya...alahai....Zara dan Johan...comel dan gembira dengan pakaian raya... nasib baik saya belum berangkat ke kg....adalah hidangan raya di sediakan.... tengok lah...begitu gembira sekali Zara dengan kakak kakaknya beraya... Tahun ni dapat lah beraya di umah saudara sebelah arwah ayah di kg Repah... tengok laa.....mungkin agak lama tak balek kg.. suasana begitu meriah dan gembira berjumpa sanak saudara.... Anak anak begitu gembira bila bonda di sisi dan dapat merayakan raya aidil fitri 2009. semuga....di tahun tahun akan datang akan sama kemeriahan yg di tunggu2. Terima kasih pada bonda yang di sayangi dan semuga panjang umur dan maaf zahir batin..

ann

Volunteer d GIANT ....be step mother..






Sambutan yg meriah apabila di pelawa untuk menjadi ibu angkat pada anak anak yang memerlukan ........ Pagi hari telah berada di GIANT di Damansara untuk menunggu ketibaan anak anak yang di datangi dari RUMAH.............

Ketibaan mereka dengan senyuman dan dari keikhlasan bapa bapa dan ibu ibu angkat yang begitu prihatin untuk membantu anak anak dalam memilih pakaian untuk di gayakan pada hari raya Aidil Fitri...tahun ini.

Anak anak angkat saya yang bernama Aishah dan Habibah begitu gembira memilih dan bertanyakan barang barang yang hendak dibeli..Saya begitu pilu dan bercampur gembira kerana dapat memilih pakaian yang indah indah serta berbelanja sedikit untuk keperluan mereka di asrama...Begitu lah kehidupan mereka d asrama..sesuatu yang saya tidak menyangka...ada beberapa keperluan yang tidak dimiliki mereka..

sambungan......

B,THDAY AJK




Meraikan hari jadi ahli-ahli AJK WI d Glenmeria Club..4 ahli yang menyambut hari jadi yg ke....??.aha aha.... wadoooo!1.. semuanya merasakan diri yg masih muda dan bergaya.. bak kata..falsafah....."HIDUP DI PENUHI DENGAN KEGEMBIRAAN DAN CERIA SELALU".... Beramai ramai dan bermesra dengan gelagat dan nyanyian dari tetamu... tidak ada yang terlepas dari peluang untuk mendengar suara sendiri yg merdu...wadohh....! Pn. Hjh. Hasnah juga tidak ketinggalan menyampaikan lagu....gitu gitu lahh... !! Akhir kata, kita tunggu hari dan bulan yg akan datang...ramai lagi AJK yg akan menyambut hari jadi.....ADIOS!!

ann

Friday, September 4, 2009

Shopping d De PALMA


Ge shopping kat SACC...rasa lapar singgah makan kat De Palma, bestt dapat makan ubi rebus dengan sambal pedas, ada solo band lagi..yg best dapat mintaa lagu kegemaran...tiba2 laa member..dtg terus ambil pis..ishkk.. tak lih tgk org nak relex2...sanggup senyum sikit...padan muka.... ann

Moment di SACC - De Palma




Majlis AGM Ke 10 - WI Sec. 9


NGO WI Sec 9 telah mengadakan majlis AGM ke 10 di Carlton Hotel S.Alam.

Pengerusi WI Sec. 9 Y.Bhg. Datin Rosmina dengan gembira dan berusaha bersama dengan AJK serta ahli-ahli untuk menaikkan nama taraf Kumpulan WI Sec. 9 sepertimana cawangan2 lain di Daerah Petaling yang berjaya.





Kedatangan ahli-ahli adalah sangat menggalakan dan tahun 2009 ada menyambut kedatangan ahli WI baru. Seramai 18 orang yang didatangi dari Sec. 24 S.Alam telah menjadi ahli baru dan kedatangan mereka mereka adalah disambut dengan gembiranya.

Ahli ahli WI Sec. 9 dengan gaya masing masing sedia menjalankan tugas dan berusaha sama untuk menjaga kewibawaan kumpulan ni. Berbagai acara dan aktiviti yang telah diadakan dan kesemua ahli ahli turut memberikan kerjasama dengan hati yang ikhlas.



Ann
Setiausaha WI Sec.9